Ada waktunya aku rasa sedikit kecewa. Kecewa kerana jarang aksi aku dirakam oleh lensa kamera. Realitinya, aku tidak banyak ada pose kandid. Tempohari semasa di Agrotek, cuma gambar di bawah saja yang boleh aku anggap kandid, walaupun kelihatan aku sedang beraksi di hadapan kamera.
Malah, aku juga amat kurang gambar pose lain. Mungkin kerana kamera sentiasa berada di genggaman aku. Atau mungkin kerana hasil fotografi oleh orang lain tidak memuaskan hati aku. Alasan kedua itu memang betul. Jarang aku perolehi hasil yang baik oleh orang lain yang menggunakan kamera aku. Aku tidak salahkan mereka. Mereka bukan guna DSLR setiap hari seperti aku.
Aku juga sebenarnya tidak pernah ada self-potrait dengan DSLR aku sendiri. Itu aku sedari Jumaat lepas. Lalu, menjelang senja, aku pergi ke tepi tasik Putrajaya, letakkan kamera di atas kereta dan rakamkan gambar sendiri.
Hasilnya tidak seberapa. Aku perlu tanya orang lain bagaimana mahu hasilkan self-potrait yang baik.
Hasilnya tidak seberapa. Aku perlu tanya orang lain bagaimana mahu hasilkan self-potrait yang baik.
Tidak mengapalah. Aku minat fotografi secara umum, bukan obses untuk merakam gambar diri sendiri. Aku cuma perlu sedar, di mana gambar itu dirakam, aku berada di situ. Itu sudah cukup memuaskan hati aku sendiri.
4 comments:
Salam.
Lama sangat dah tak menjengah.. bila bukak je uikk! terkejut melihat header 'berwajah' baru :) Nice! Senyum dan gumbiralah selalu.
Terima kasih kerana masih ikut blog saya walaupun saya rajin sangat berpindah randah :P
Oh ye.. sangat suka membaca dan melihat post tentang gambar depan iMac tu.. Meriah! Terasa rindu pulak kat officemate lama :(
Rasanya banner lama sudah lama sangat digunakan. Kali ini lebih personal.
Sebenarnya tak sedar yang blog awak dah pindah. Bila baca balik blog lama, baru sedar. Maaf tak update awal.
Hehe... Realitinya, saya bukan seorang rakan yang baik. Selalu agak menyendiri.
This comment has been removed by the author.
Semua orang ada hak untuk menyendiri. Itu bukan ukuran sama ada rakan itu baik, terbaik atau kurang baik.
Tak semestinya kena jumpa selalu, belanja selalu, kawan tu lah yang paling bagus. Kan? :P
Post a Comment