Aku tidak pernah berminat dengan hobi/sukan memancing ikan. Persepsi pertama aku mengenai memancing ikan adalah ianya agak kejam. Aku percaya ikan yang tersangkut di mata kail dan dilepaskan kembali ke dalam air mengalami kesakitan akibat darinya. It is a form of torture. Itu pendapat aku.
Tetapi aku sering duduk melihat orang memancing ikan. Aku leka memerhatikan suasana dan joran yang sedang menunggu untuk direntap.
Malam sewaktu di Agrotek tempohari aku sempat merakamkan suasana kaki pancing yang sedang memancing di sebuah kolam di situ. Kerana ada cahaya yang agak suram tetapi memadai, aku biarkan lensa kamera terbuka lama untuk menelan segala baki cahaya yang ada di tepi kolam tersebut. Hasilnya begini;
Malam itu, kaki pancing yang berada di tepi kolam berjaya menewaskan beberapa ekor ikan besar. Cukup untuk puaskan hati mereka, mungkin. Cukup untuk puaskan hati aku, dapat merakamkan suasana sebegini.
No comments:
Post a Comment