27.10.09

Nokia E66 Menunjukkan Belangnya

Bila aku sampai di Dataran Lang, Langkawi, aku tidak bawa kamera DSLR kerana lensanya sudah rosak. Cuaca sedang dalam mood menarik. Lalu aku keluarkan telefon (Nokia E66) dan merakamkan suasananya dengan harapan kamera telefon bimbit aku cukup baik untuk merakamkan suasana cantik di Dataran Lang ketika itu. Hasilnya seperti di bawah. Amat puas hati!











Nasib aku tidak beli kamera digital, walaupun hakikatnya aku berjalan masuk hampir setiap kedai mencari kamera digital murah. Ada satu kedai di Kuah yang aku rasa peniaganya adalah manusia paling bodoh dalam melayan pelanggan. Tetapi kerana mungkin ramai yang masuk beli di kedai beliau tidak peduli langsung dengan apa yang dibeli, asalkan murah, maka peniaga tersebut selesa melayan pelanggan seperti budak-budak.

Bila kita tanya harga, dia tanya sama ada kita mahu betul-betul beli. Kalau tidak, dia tidak akan beritahu harga selepas diskaun. Kemudian bila aku tidak mahu beli (kamera digital 8 megapiksel yang dikatanya baru - sekarang paling basic 10 megapiksel), dia bising dan kata cuma aku yang tidak mahu beli di kedai dia sedangkan orang lain semua mahu beli. Ya, aku tidak akan beli di kedai yang peniaganya bebal seperti dia.

Ada lagi sebuah kedai kamera yang banyak menjual lensa di sebuah kompleks membeli-belah di Langkawi. Kedai melayu yang menjual lensa third-party jenama Sigma dan sedikit Tamron. Ayat pertama keluar dari mulut dia apabila aku bertanyakan harga,

"Kami selalunya jual kepada pelancong asing je. Diorang yang banyak datang beli sini. Diorang dah tahu pasal Sigma. Orang tempatan jarang sangat beli."

Aku tahulah aku pelancong tempatan. Tetapi bukan bermakna aku tidak tahu pasal kamera. Nampak sangat cara dia layan seperti kita ni tidak mampu nak beli barang yang dijualnya. Aku tidak suka kalau peniaga membezakan orang yang datang ke kedai mereka. Jangan berlagak. Setiap yang datang ke kedai adalah pelanggan dan berpotensi untuk berbelanja di situ. Tetapi kalau dari awal lagi sudah 'hint' kepada kita seperti kita ini pelanggan 2nd grade, maaflah. Aku terus berlalu pergi saja.

Aku masih ingat semasa aku beli lensa di sebuah kedai di Kota Bharu, Kelantan. Dia layan aku seperti VIP walaupun aku cuma mahu beli lensa murah. Mungkin oleh sebab itu orang Kelantan lebih pandai berniaga daripada orang negeri lain. Entah. Mungkin saja.

No comments:

Post a Comment