10.10.09

Putrajaya & Pantai Kelanang In HDR

Aku guna Photomatix 3 untuk hasilkan semua gambar di bawah. Gambar di Putrajaya aku sengaja timbulkan efek yang berbeza dan sedikit tambahan efek Warmify dan Saturation dalam Picasa. Untuk suasana di pantai Kelanang, aku cuma guna teknik HDR dan set kepada mod Clear Sky sahaja.

Permandangan matahari berlabuh di Putrajaya. Aku sengaja timbulkan mood 'berapi' kerana melihat lingkaran awan seperti kepak burung. Seperti, "matahari sedang terbang pergi..."

Selepas aku selesai menyiapkan HDR untuk kedua-dua gambar masjid Sultan Mizan, Putrajaya ini, baru aku sedari bahawa sudut gambar agak kurang sempurna. Mulanya aku fikir ianya disebabkan kesilapan aku. Kamu lihat masjid seperti tidak sepenuhnya difokus dalam ke dua-dua gambar. Sebenarnya, kalau aku fokus pun, ada pokok yang menghalang permandangan. Jadi aku biarkan saja masjid dalam keadaan seperti "ada sambungan yang lebih panjang dibelakangnya". Aku suka dengan 'glow' pada atas kubah masjid dalam gambar di atas. Kalau difantasikan, masjid ini seperti "menghalau" cahaya berapi di hadapannya. Fantasi akulah...

Tiada huraian untuk gambar ini. Aku cuma mahu hasilkan HDR yang lebih bersih daripada gambar di atasnya.

Manakala gambar pantai Kelanang (Banting) yang aku sudah buat proses HDR adalah bertujuan untuk menunjukkan mood sebenar di pantai tersebut. Puncanya kerana aku tidak ada filter pada lensa kamera untuk memudahkan aku mengambil gambar. Aku fikir HDR sebenarnya boleh membantu 'membersihkan' suasana sebenar gambar sesuatu lokasi yang terlebih cahaya matahari.







Biasanya di akhir tulisan aku akan kata aku perlu lebih banyak belajar. Memang perlu. Semenjak beberapa hari ini, aku gembira dengan kerajinan dan skil fotografi yang aku hasilkan. Ada fotografi potret yang benar-benar menarik dan mendapat pujian rakan-rakan. Aku tidak pernah rakam gambar potret dengan baik. Itu hakikatnya.

Dan untuk beberapa ketika, aku jadi begitu 'mesra' dengan Canon 400D aku. Mungkin kerana beberapa ketika sebelum itu aku merungut mahu membeli kamera yang lebih baru. Rasanya Canon 400D aku sedang menunjukkan kepada aku kemampuan sebenar beliau.

Bagus... Esok ke mana pula?

2 comments:

n@m@n said...

salam bro..

memang kubah tu berkilau waktu mlm..

dari jauh tengok mmg cantik kilauan tu..

pernah gk amik gmbr dr balkoni rumah

http://naman0807.blogspot.com/2009/09/yang-pertamacubaan-pertama.html

Ahmad Sharidan said...

Salam.. a ah. Tau tu. Tapi entah bila nak rakam shot malam di Putrajaya. Tunggu rajin.

Post a Comment