13.1.10

Akuarium

Setelah lama tertangguh, akhirnya aku membeli sebuah akuarium kecil untuk diletakkan di atas meja pejabat. Aku cuma sempat beli akuarium dan penapis serta empat ekor ikan Guppy. Perhiasan akuarium tiada dijual di kedai tersebut (ada tetapi langsung tidak menarik).


Harga akuarium kaca, penapis dan ikan, tidak sampai RM50. Berpatutan. Malah jauh lebih murah daripada apa yang aku jangkakan. Tempohari semasa di Tropicana Mall, aku terjumpa gerai kecil menjual set akuarium lengkap, termasuk sudah dihias akuarium beserta beberapa ekor ikan. Saiz yang lebih kecil daripada akuarium aku, harganya lebih RM100.


Esok kalau sempat aku akan ke The Mines. Sana ada banyak pilihan hiasan akuarium.

Membela ikan dalam akuarium bukanlah perkara asing bagi aku. Sewaktu kecil, arwah nenek di Kuala Kangsar ada membela ikan dalam akuarium kaca yang besar. Setiap hujung minggu, kami dibawa ke sebuah kedai cina menjual ikan hiasan berhadapan dengan kedai roti Double Lion, sederet dengan panggung Kapitol di Kuala Kangsar.

Arwah nenek suka ikan emas. Sekali sekala kami ditugaskan juga untuk bersihkan akuarium ikan tersebut. Bayangkan betapa berat akuarium itu perlu diangkat untuk dibersihkan di tangga rumah. Rumah keluarga di Kuala Kangsar dulu juga pernah ada akuarium membela ikan. Malah, mereka pernah bela udang galah yang besar di dalamnya.

Harapnya, ada akuarium di atas meja di pejabat, mampu memberi inspirasi dan motivasi dalam menjalankan tugas. Lagipun, ianya diakui sebagai salah satu bentuk terapi. Menarik!

2 comments:

ilah said...

Ha..ni la antara org yg bazirkan duit kerajaan..letrik la..

mohd fauzi said...

Huh,akuarium kaca tu x smpai 50? Kt mne kdai?

Post a Comment