Tidak mengapa juga kalau kamu tidak mahu tahu. Ianya tidak pernah diluahkan. Kadang-kadang, lebih baik kamu tinggalkan saja ruang ini tanpa melihat apa-apa. Kerana sekurang-kurangnya keadaan tidak menjadi kaku dan terasa buntu.
Lihat, hidup kadang-kadang lebih baik menelah sesuatu, daripada hanya kamu biarkan keadaan berlalu. Ianya akan lebih menduga dan kamu menjadi lebih dewasa kerananya. Kamu sendiri pernah laluinya suatu ketika dahulu. Ketika waktu naif hidupmu. Kamu tidak pedulikan apa-apa. Ketika itu, apa yang penting, kamu perolehi apa yang kamu mahu.
Maka kegagalan demi kegagalan kamu tempuhi kerananya. Ada antara kamu yang berjaya akhirnya. Ada yang terus gagal. Kamu yang tidak berjaya ini kemudian tenggelam di dalam fobia. Fobia ciptaan kamu sendiri. Kamu takut untuk terus melangkah kerana kamu sangat percaya, ianya tidak akan membawa apa-apa makna. Jadi kamu duduk berteleku membayangkan keadaan, tanpa kamu mahu cuba untuk laluinya.
Kamu takutkan gagal. Kamu bayangkan 1001 kemungkinan yang bakal timbul sebelum kamu mulakan apa saja. Kamu juga tidak pernah lagi melihat diri kamu mampu untuk melakukan apa-apa pun.
Kamu tinggal sebagai kamu yang cuma ada satu perkara, diri kamu sendiri sahaja. Maka ketika itu kamu menolak jauh orang dari diri kamu bukan kerana mereka tidak sesuai, tetapi kamu rasakan diri kamu yang tidak sesuai dengan mereka.
Kamu lepasi batasan rasional. Kamu akhirnya menjadi pewaham; seorang yang sentiasa curiga/was-was.
Aku juga begitu sebenarnya.
2 comments:
masalah jiwa barangkali.
Ye ke? Jiwa sihat.
Post a Comment