Ini tugasan besar aku untuk tahun 2010, menyiapkan laporan tahunan jabatan untuk tahun 2009. Ini design mock-up pertama yang dihasilkan setelah hampir seminggu memerah idea. Masih ada yang 'longgar', dan akan diperbaiki lagi.
Aku mahu tekankan konsep retro. Garisan dan warna yang digunakan juga bersifat retro. Itu tema yang aku mahu cadangkan kepada pengurusan. Harap mereka bersetuju. Tetapi kenapa retro? Sebenarnya ia adalah kritikal sinikal. Aku pernah ditunjukkan dengan laporan tahunan yang berkonsep lama dan itu yang mereka cadang aku hasilkan. Gaya lama (yang sebenarnya cuma sekadar teks dan sekeping dua gambar) dengan corak lama.
Jadi aku melangkah kebelakang lebih jauh. Aku perkenalkan retro supaya mereka sedar, lama tidak semestinya bosan. Aku mahu ianya kelihatan cool dengan warna-warna kontras yang menarik. Ada lagi design retro yang akan aku hasilkan, InshaAllah.
Apa komen kamu?
2 comments:
Salam. Kalau ikut taste saya, background hitam dan warna yang minimum memang nampak elegant. Tak tahan mata bila tengok satu page penuh kaler macam rainbow :P Hilang fokus dibuatnya.
Cuma bila saya enlarge image tadi, font nampak halus sangat dan mungkin background di bahagian tulisan sepatutnya tidak terlalu transparent. Ini kerana corak jaluran putih di belakang tulisan bewarna putih tu sedikit mengganggu tulisan..
Mungkin di skrin je nampak begitu, kalau dah print mungkin lain pula rupanya :)
Terima kasih. Buku ini sebenarnya bersaiz 23cm x 23cm. Font yang digunakan adalah bersaiz 10pt yang kalau ikutkan, sudah sesuai dengan saiz buku. Tetapi imej ini mungkin tidak memberi justifikasi sebenar.
Ada beberapa design lagi akan dilakarkan, inshaAllah. Yang ini pun perlu tambahbaik lagi.
Apa pun, terima kasih kerana memberi pendapat yang berguna untuk saya..
Post a Comment