31.5.10

Jangan Jadi Muslim Bebal

Aku tidak tahu apa lagi yang boleh membuat umat Islam bangun dari tidur. Paling mudah mungkin dengan membayangkan tulisan perkataan Allah di mana-mana tempat atau produk keluaran Barat. Oh, ianya perkara paling mudah untuk menimbulkan kemarahan umat Islam.

Tidak susah, ambil gambar seperti logo Crocs di kasut, pusing-pusing sikit dan dengan imaginasi, lukis tulisan Allah di logo tersebut. Kalau ianya menjadi, maka secara jelas logo Crocs adalah sebuah lagi penghinaan terhadap umat Islam. Kita umat Islam sememang hebat mencari perkara begini.

Aku bukan mahu berbunyi sinikal. Tetapi kita perlu melangkaui dan meninggalkan kebejatan mental yang sebenarnya lebih menunjukkan lemahnya mental umat Islam dalam menghadapi cabaran semasa.

Siapa sangka, logo Coca Cola yang wujud sejak sekian lama rupanya adalah kalimah Arabik yang menghina Islam juga?

Sekali lagi aku mahu bertanya, kita tidak ada kerja lain selain mencari anagram tersembunyi yang menghina Islam? Paling mengelirukan, umat Islam lain yang kadang-kadang aku fikir sangat bijak, dengan mudah boleh terpengaruh, malah bertindak mengesahkannya pula.

How stupid can we Muslim be? Atau mungkin kita terlebih menonton/membaca The Da Vinci Code karya Dan Brown?

Aku tidak nafikan ada anagram ciptaan golongan tertentu yang jelas berfungsi untuk menghina Islam. Ianya berjaya ditemui dan disahkan kebenarannya. Ada juga yang berlaku secara kebetulan, seperti corak api yang kelihatan hampir sama dengan nama Allah di kasut Nike.

Selebihnya, seperti yang wujud di sebelah, di logo Coca-Cola dan logo Crocs, aku percaya ianya tidak lebih daripada imaginasi manusia yang cuba mencari salah dan silap orang lain. Malah, kalau diperhatikan dengan jelas, kedua-dua anagram ini diubah dari bentuk asal untuk menyerupai tulisan Allah atau menghina Islam. Apabila wujud perubahan sebegitu, ianya jelas ciptaan manusia yang menemuinya, bukan ciptaan asal.

Sementara orang mentertawakan kita dengan kebebalan kita, kita sendiri pula terus menyebarkan informasi meragukan ini seperti ianya benar-benar sah bertentangan dengan agama. Agenda utama yang dibangkitkan adalah mudah; boikot barangan Barat, boikot Israel, boikot Amerika Syarikat dan boikot musuh Islam.

Buka sedikit minda berfikir lebih jauh sebelum bertindak. Jangan jadi manusia yang membuta tuli mengikut apa saja apa orang lain kata tanpa mengambil kira pendapat dan pandangan diri sendiri. Jadi Muslim yang progresif, positif dan bijak. Jangan jadi Muslim yang jumud, percaya perkara yang karut dan mudah tersinggung dengan setiap perkara remeh yang timbul.

Satu lagi gambar dan fikir sendiri logiknya. Kita boleh bayangkan nama Allah di selut yang kotor? Oh... Kenapalah kita sanggup menghina Yang Maha Agung?

3 comments:

[ a D D y h A I K A L ] said...

wa rasalah beb..
sepatutnya kita tingkatkan iman kita dulu dari dok boikot2 ni..
jika setakat boikot coca cola..
tapi thai song kat tangan..
xde guna jugak kan..

wa ada baca pesan seorang sheikh ni..
nak merubah satu kumpulan tu kembali semula je jalan Allah..
bermula dengan perlahan-lahan..
jangan terlalu radikal..
kerana radikal tu bakal mengundang bahaya..
kita pun belajar berjalan pun dengan 4 kaki..

Eliza Muslim said...

ske artikel ni...... nak share k.... minta izin.... :)

Ahmad Sharidan said...

Silakan. Takde masalah. :D

Post a Comment