2.6.10
Carpe Diem Meminta Aku Memberi Jawapan
Dua petang aku menunggu waktu yang sesuai untuk berbasikal tetapi sehari dua ini hujan sentiasa membasahi bumi. Jadi, dua hari ini aku berehat daripada bersukan. Hujung minggu tempohari juga aku tidak bersukan. Lebih sibuk bekerja menyiapkan tugasan dan bersiar-siar menenangkan fikiran yang tepu.
Lewat senja Ahad lalu, aku sempat merakam foto di atas, sambil memandu. Hati menjadi tenang. Ada perkara yang bermain-main di fikiran. Ada yang perlu dibuat perhitungan. Aku diberi pilihan dalam hidup dan aku mesti membuat pilihan. Dulu, aku ada peluang ini tanpa aku sedari. Apabila ianya terlepas, barulah aku tahu ianya wujud dan aku menyesalinya. Sekarang, ianya aku tahu dan sedar.
Tunggu aku sendiri mulakan langkah.
...dan aku masih terpaku tidak bergerak dari tempat aku berdiri sekarang.
Mungkin kerana aku sudah berasa selesa sejak beberapa tahun ini, maka apa yang mendatang ini dirasakan janggal dan mengelirukan. Ianya perkara baik yang mengelirukan dan aku perlu membuat keputusan. Cuma aku tidak mahu membuat keputusan, kemudian aku menyesalinya kemudian hari serta akhirnya menyusahkan orang lain di sekeliling aku.
Sebenarnya satu perkara saja; Am I willing to seize the day (Carpe Diem)?
No comments:
Post a Comment