22.6.10

Satu Rakam, Seribu Kenangan

Masjid Besi using simple HDR
Bagi aku fotografi adalah seni. Ada cerita dalam setiap rakaman foto. Ada arah tujuan dan ada maksudnya. Setiap kali aku merakam gambar, itu yang aku fikirkan; kenapa dan apa cerita disebaliknya.

Aku tidak akan 'snap' gambar berkali-kali untuk mendapatkan shot yang terbaik kerana bagi aku ianya tidak mencerminkan hasrat asal kita. Lagipun, sewaktu SLR dan kamera kompak biasa masih menggunakan filem, shot berulang kali amat jarang dilakukan. Ianya membazir. Namun dalam era digital ini, kamu boleh rakam 1000 kali gambar yang sama tanpa perlu fikir risiko rugi dan membazir.

Seperti Masjid Besi yang aku rakam di atas. Ianya adalah cantuman tiga gambar dengan exposure berlainan yang sengaja dirakam untuk dibina kemudian dengan teknik HDR. Aku tidak perlu risau berapa kali aku perlu ambil gambar yang sama. Kamu pasti pernah ingat bahawa aku sering merakam gambar Masjid Besi dalam pelbagai keadaan cuaca dan sudut.

Bagi aku, lebih menarik jika kita berupaya merakam sebuah gambar yang baik cuma dengan hanya satu shot. Satu. Tidak lebih. Bila hasilnya terserlah cantik, terasa begitu puas dan 'tinggi' nilainya berbanding orang yang merakam gambar yang sama berulang kali untuk mendapatkan shot terbaik.

Biarkan hati dan akal kamu menjadi bebas tanpa perlu ikut telunjuk sesiapa. Ketika itu fotografi kamu akan menjadi lebih mudah. InshaAllah.

No comments:

Post a Comment