9.6.10

Elixir

Tanjung Tuan, Senja 2008
Tolong!

Aku rindukan pantai dan senja yang indah. Sudah lama aku tidak menyaksikannya. Aku mahu menyusuri gigi air di tepi pantai sambil menguis pasir, mencari kulit siput yang cantik.

Air adalah elixir aku. Penyembuh dari rasa duka dan sedih. Sebab itu jugalah aku begitu selesa berbasikal di tepi tasik Putrajaya. Sekali-sekala di atas basikal, aku akan cuba kayuh rapat dengan tebing, sengaja mahu melihat riak air dan biasannya.

Mari pergi bersama aku. Kita duduk dan menanti senja. Kita berjalan dan biarkan ombak mengusik jari-jemari di hujung kaki. Kita terbangkan khayal kita sejauh mungkin. Ayuh!

No comments:

Post a Comment