Aku sukakan saat bila kamu membuat aku tersenyum dengan hanya sepatah kata darimu.
Aku sukakan saat bila kamu membuat aku ketawa dengan jenaka yang tanpa diduga.
Aku sukakan saat bila kamu bertanyakan khabarku, kerana itu tidak pernah berlaku sejak dulu.
Aku sukakan saat bila kamu menceritakan hidupmu seperti aku sudah mengenalimu sejak sekian lama.
Aku sukakan saat bila kamu memandangku disisimu yang membuat aku menunggu untuk dirimu ucapkan sesuatu.
Aku sukakan saat bila kamu bersuara di sebalik corong suara di telefonku, seperti tiada bunyi lain di dunia ini seindahnya.
Aku sukakan saat bila kamu luahkan manjamu dalam setiap bicara denganku tanpa aku sedari ianya sedang berlaku.
Aku sukakan saat bila kamu hadir dalam mimpiku, seperti ruang kosong alam ini hanya terisi susuk dirimu di mana-mana.
Aku sukakan saat bila kamu disisiku, tiada lebih dari itu, aku mahukan ianya sentiasa berlaku.
3 comments:
wah, nice one!
like it.
:)
:)
awwwwww....
so shweeettt...
psst... siapakah gerangan si dia?
hehehe
Post a Comment