Semalam semasa menyelongkar eBay, aku terserempak dengan tawaran kamera yang sangat murah. Jauh lebih murah dari harga pasaran. Kamu bayangkan sendiri, sebuah Nikon DSLR D700 (badan sahaja) ditawar dengan harga RM2500 saja. Amat murah! Oh, kamu tidak tahu berapa harga pasaran sebenar. Lebih kurang RM8,900. Empat kali ganda lebih murah! Tetapi dek kerana aku kekurangan wang, aku cuma mampu telan air liur.
Sebenarnya dulu aku sering tertangguh dan menyebabkan aku rugi. Ketika aku ada duit yang agak banyak, aku lupa untuk membeli basikal idaman. Bila tiba masa untuk beli, duit sudah berkurangan dan akhirnya aku terpaksa membeli basikal yang tidak mengikut kehendak aku. Sekarang aku sudah semakin rimas dengan brek getahnya. Aku letih menahan hentakan daripada tayar belakang yang tidak mempunyai penyerap hentakan.
Bila sudah ada teman, dia menjadi penasihat yang baik. Apa yang ada sekarng, jangan dibazirkan dan tidak perlu fikir untuk menggantinya sedang ia masih elok. Kamera yang rosak pun kalau boleh dia mahu aku pergi hantar membaikinya.
Begitu pengaruh dirinya terhadap aku sekarang. Pasti aku suka semua itu.
No comments:
Post a Comment