Lama tidak bercerita mengenai apa yang berlaku di Putrajaya. Kerja-kerja pembinaan bangunan di sebelah pejabat sedang rancak berlaku. Nampaknya mereka sudah mula mengorek ruang 'basement' dan membuat cerucuk utama. Aku jangka, dalam masa beberapa bulan lagi, kerja membina bangunan sendiri akan bermula. Siap nanti, ia bakal menghalang permandangan aku ke arah selatan Putrajaya.
Sewaktu aku berbasikal semalam, aku sempat merakam dua lokasi aktiviti yang akan berlangsung di Putrajaya dalam jangka masa terdekat. Pertamanya, Kejohanan Perahu Naga Antarabangsa Putrajaya akan bermula dari 18 hingga 20 Jun di Kompleks Sukan Air Putrajaya di Presint 6, berhampiran Hotel Pullman. Persediaan sedang rancak dijalankan. Jadi kalau ada kelapangan waktu di hujung minggu nanti, datanglah ke Putrajaya untuk melihat perlumbaan perahu naga.
Seterusnya, pada bulan hadapan iaitu dari 10 hingga 18 Julai, akan berlangsung Floria atau Pesta Flora Putrajaya yang semakin lama semakin popular. Tahun lepas aku terlepas peluang untuk pergi. Tahun ini aku mahu mengajak si dia datang bersama. InshaAllah.
Ada papan tanda "countdown" ke tarikh pesta bermula. Lokasi masih sama, di Presint 2, berhampiran dengan Menara Millenium.
Jadi, kalau kamu tidak sibuk pada waktu-waktu tersebut, datanglah ke Putrajaya.
No comments:
Post a Comment