Sebenarnya kerja menghasilkan laporan tahunan yang aku sedang buat tidaklah sesusah mana. Kalau betul datang idea yang membuak-buak, lima minit boleh siapkan design yang aku cuba hasilkan dalam setengah tahun.
Sama seperti cover laporan seperti yang tertera. Puas aku berhempas pulas mencari idea sana sini, mencari ilham dan memaksa diri untuk melakar design yang sesuai. Pagi tadi, selepas lebih kurang sejam, siap satu design yang simple dan elegan. Seperti yang aku idamkan. Mungkin kerana malam tadi aku tenang dan damai bersamanya. Terima kasih buat si dia.
Ada beberapa lagi sample cover yang aku akan hasilkan. Kalau beri satu contoh saja, pastinya susah hendak mempertahankannya. Kalau beri lebih, sekurang-kurangnya ada alasan kukuh kenapa design ini lebih bagus dari design lain. Rasanya ramai orang yang membuat design, mereka akan hasilkan design terbaik dulu, kemudian design sampingan, sekadar memenuhi kuota pemilihan nanti.
Aku sasarkan konsep 'simple elegant' sebagai motif utama. Kemudian aku tambahkan dengan fakta-fakta penjimatan kos sebagai modal yang lebih kukuh. Jadi laporan yang aku hasilkan tahun ini jauh lebih 'simple' berbanding tahun lepas. Sasaran aku, untuk jimatkan kos percetakan hingga 70%, kalau boleh. InshaAllah, dengan teknik yang betul dan penggunaan stail dan bahan yang bersesuaian, kos keseluruhan akan lebih menjimatkan.
Kalau bos besar mahu yang lebih hebat, tunggu tahun depan bila pejabat boleh terima bajet yang lebih banyak.
2 comments:
http://www.warisan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=371:pertandingan-esei-dan-foto-2010&catid=34:mutiara-kata
kau dah tahu belum? aku bagi cadangan.
oh.. belum tahu. thanks. macam berminat. :D
Post a Comment