29.6.10

Berputus Sahabat

Akhirnya sahabat berkata,

"Sampai setakat ini persahabatan kita."

Aku tidak pernah jumpa manusia yang begitu mudah untuk memutuskan tali persahabatan hanya kerana orang lain tidak faham sikap dan prinsip hidupnya.

Aku tahu kenapa. Aku tahu dia tidak suka orang mencelanya walaupun 'celaan' yang dianggapnya itu sebenarnya pujian terhadapnya. Tetapi dek kerana hati yang buta untuk melihat kebenarannya, dan kemarahan yang meruap di jiwa, persahabatan baginya tidak ada harga.

Kamu perlu tahu, ini semua bukan salah aku. Bukan berpunca daripada aku. Ianya berpunca daripada kemarahannya terhadap orang lain. Orang lain yang juga sahabat aku. Aku tidak mempertahankan sahabat tersebut, sebaliknya aku cuba memberikan andaian bahawa sifat manusia ini tidak sama dan jangan harapkan sesuatu yang tidak patut kita harapkan.

Ada manusia yang tidak mengerti itu semua. Maka kata-kata aku dilihat sebagai menyebelahi orang lain. Lalu dek kerana itu, dia putuskan persahabatan.

Kamu tahu apa yang sedang berlaku? Kemarahan yang membuak-buak di jiwanya. Kemarahan yang tidak boleh dibendung. Jadi kamu perlu diam dan biarkan jiwanya kembali tenang. Kemudian kamu berharap agar sahabat itu sedar bahawa tindakan yang diambil itu tidak membawa apa-apa keuntungan.

Tetapi aku mengenali sahabat aku ini. Aku tahu ragam jiwanya. Seperti yang tertulis dalam dua post sebelum ini, itulah sifatnya. Sukar untuk kamu pujuk hati manusia yang penuh kebencian dan kemarahan. Kamu cuma boleh berharap agar masa meredakan segalanya.

Aku harap kamu yang membaca, sekadar membaca. Tidak perlu komen apa-apa mengenai ini semua. Jangan suruh aku bersabar kerana hati masih tenang. Tidak perlu pujuk supaya aku jangan bersedih kerana hati sedang damai. Tidak juga perlu kamu kritik kerana aku jelak untuk dikritik.

Kamu cuma perlu bersimpati. Bersimpati terhadap persahabatan yang terlerai.

Harap ia tidak untuk selamanya.

4 comments:

drill_red said...

susah nak puaskan hati semua orang!!..

Ahmad Sharidan said...

Ya, susah nak puaskan kehendak manusia. Semakin bijak akal fikiran, semakin sempit pandangan.

Anonymous said...

Orang yang marah ,penuh kebencian di hatinya tak akan bersimpati kerana perasaan itu lebih besar mengusai dirinya.

mysterious_gurl said...

Nama saya Lim Keat Meng. Ayah saya Lim Chong Len (Posmen). Kami adalah jiran anda masa kecil dulu. E-mail: maa@biowatertek.com.my. Kenangan anda masa kecil sama dengan apa yang saya alami dulu.

TQ

Post a Comment