Lima Perkara
- Kerja besar tahunan aku sudah semakin siap. Aku andaikan ianya sudah 95% siap. Selebihnya nanti, esok siang aku akan selesaikan. Laporan Tahunan ini sepatutnya siap lebih awal. Aku salahkan diri sendiri kerana melengah-lengahkan kerja. Nasib baik bos jenis yang memahami bahawa kreativiti bukan boleh dipaksa-paksa. Esok aku mahu lunaskan kerja.
- Aku akan kembali membuat kerja yang sudah lama aku tinggal; menghasilkan buletin jabatan. Asal dulu aku diserap masuk ke bahagian sekarang kerana aku ditugaskan untuk membuat buletin. Setelah lebih setahun aku melakukannya, kerja tersebut bertukar tangan kepada dua orang petugas lain. Sehinggalah petugas terakhir bertukar tempat kerja. Jadi aku akan kembali membuat kerja yang sangat aku suka. Buletin lebih senang untuk dihasilkan berbanding Laporan Tahunan. Buletin dari sudut desain, lebih liberal dan menyeronokkan. Laporan Tahunan perlu mengikuti satu set aturan yang sama setiap masa tetapi kerjanya lebih detail. Tunggu kejutan daripada aku nanti, inshaAllah.
- Aku secara rasminya memiliki kerja sampingan (part-time job). Kerja ini kalau ianya dilakukan dengan betul, pendapatannya boleh melebihi apa yang aku perolehi sekarang. Bukan, ianya bukan MLM, direct selling, bisnes internet atau yang berkaitan dengannya. Ianya kerja yang memerlukan kreativiti dan seni. Seperti menghasilkan buletin dan laporan, kerja ini juga adalah minat aku. Ianya ada berkaitan dengan hobi aku sendiri jadi harapnya tiada masalah aku untuk belajar di permulaan ini dan seterusnya berjaya di masa akan datang.
- Gembira bila melihat perhubungan aku dengannya terbina sedikit demi sedikit setiap hari. Ianya bagai melengkapkan ruang hidup yang selama ini kosong. Aku ada sebab untuk setiap hari berasa gembira dan dihargai. Aku ada sebab untuk setiap masa mencari ruang untuk dekat dengannya. Persamaan juga banyak dan itu agak menyenangkan aku. Aku tidak perlu risau dengan formaliti dan hipokrasi semata-mata untuk menjaga hati orang. Dia tidak perlukan itu semua.
- Namun dia sedang kurang sihat, dan aku agak jauh darinya. :-(
1 comment:
rindu sapa tu.. he he he he <--- tetiba ja nak meyibuk!! :D
Post a Comment